Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

03.04.2024_MAJLIS KHATAM AL-QURAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN SEMPENA BULAN RAMADHAN TAHUN 1445H/2024M

​Bandar Seri Begawan, 3 April 2024 – Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Sempena Bulan Ramadhan 1445H bertempat di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Bebatik Kilanas. Majlis pada tahun ini telah dikendalikan bersama oleh Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perikanan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Hajah Dahliana bin Haji Aliakbar, Pemangku Setiausaha Tetap dan Yang Mulia Awang Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, Timbalan Setiausaha Tetap I; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kepada Yang Mulia Awang Adee Aiman bin Haji Muhidin, Imam Tingkat 2 dan selaku imam Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Bebatik Kilanas, berupa sebuah peti sejuk beku (chest freezer) berkapasiti 150 liter bagi kegunaan masjid berkenaan.

Majlis diteruskan dengan Tadarus Al-Quran secara beramai-ramai serta diakhiri dengan bacaan Doa Khatam yang dipimpin oleh Tuan Imam Adee Aiman bin Haji Muhidin. Majlis kemudian disusuli dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis Khatam Al-Quran ini adalah merupakan aktiviti Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Ramadhan bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang Mubarak disamping mendapatkan ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah Subahanahu Wa Taa’la.


​Disediakan oleh:

Jabatan Perikanan
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam


Attachments